Uji kemampuan pelajar tentang perniagaan, perdagangan global

July 9, 2018

MUSIM cuti sekolah lazimnya digunakan pelajar untuk berehat daripada menelaah buku. Kebanyakan mereka menghabiskan waktu dengan melakukan pelbagai aktiviti kegemaran seperti keluar bersama rakan-rakan, bercuti bersama keluarga atau bersantai di rumah.

 

Namun, berbeza dengan Richelle Yuxian Khor apabila cuti persekolahannya dikorbankan dengan membuat pelbagai persiapan untuk melayakkan diri ke Cabaran Perdagangan Antarabangsa Serantau FedEx Express/Junior Achievement kali ke-12 (FedEx/JA ITC) yang akan berlangsung pada Ogos depan di Singapura.

Sebelum itu, pada peringkat Cabaran Perdagangan Antarabangsa Malaysia yang berlangsung sejak April lalu, sebanyak 10 sekolah di sekitar Lembah Klang terpilih untuk memasuki ujian saringan. Hanya pasukan di tiga tempat terbaik dipilih ke peringkat akhir.

 

Menurut Yuxian Khor, persiapan teliti perlu dilakukan kerana bukan mudah ingin memasuki pertandingan antarabangsa berkenaan lebih-lebih lagi apabila sembilan kumpulan lain yang turut bertanding merupakan pelajar yang hebat dan berbakat besar.

“Disebabkan ia merupakan pertandingan yang pertama kali saya sertai, jadi saya dan rakan sekumpulan iaitu Ng E-Shuen mahu melakukan persembahan projek kami dengan sebaik mungkin. Kami tidak kisah apabila perlu berkorban masa kerana kami tahu ia berbaloi.

 

Produk

 

“Kumpulan kami dinamakan Oishi Fascination. Kami membawakan produk Kantan’na Niku iaitu sambal segera Bak Kut Teh,” katanya ketika ditemui pada majlis pemilihan tiga kumpulan pelajar yang layak ke Cabaran Perdagangan Antarabangsa Serantau FedEx/JA ITC 2018 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengorbanan dan usaha Yuxian Khor dan E-Shuen berbalas apabila mereka yang mewakili sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield, Subang Jaya telah terpilih ke peringkat akhir.

Pada pertandingan itu, Yuxian Khor bersama rakannya dikehendaki membentangkan usul nilai yang unik bagi produk mereka, strategi penentuan harga, pelan pemasaran, pilihan kemasukan pasaran, saluran jualan dan edaran.

 

“Kantan’na Niku dihasilkan berdasarkan kajian kami terhadap penduduk di Jepun yang amat sibuk dan sentiasa mahukan sesuatu yang mudah untuk dimakan lebih-lebih lagi dalam waktu yang singkat seperti makan tengah hari.

 

“Seiring dengan tema pertandingan ini yang mahukan kami memasarkan produk ke Jepun, maka kami rasakan ia adalah produk terbaik untuk penduduk di negara Matahari Terbit berkenaan,” ujarnya.

Please reload

Archive
Please reload

Please reload

Level 10, Bangunan Faber Imperial Court, Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur

Tel: +603 2727 0070

Fax: +603 2727 0075

Email: engage@jamalaysia.org

CONNECT WITH US

  • LinkedIn Social Icon
  • Instagram
  • Facebook