
Uji kemampuan pelajar tentang perniagaan, perdagangan global
MUSIM cuti sekolah lazimnya digunakan pelajar untuk berehat daripada menelaah buku. Kebanyakan mereka menghabiskan waktu dengan melakukan pelbagai aktiviti kegemaran seperti keluar bersama rakan-rakan, bercuti bersama keluarga atau bersantai di rumah. Namun, berbeza dengan Richelle Yuxian Khor apabila cuti persekolahannya dikorbankan dengan membuat pelbagai persiapan untuk melayakkan diri ke Cabaran Perdagangan Antarabangsa Serantau FedEx Express/Junior Achievement kali ke-12